Tuesday 11 September 2012

maha pencipta.. saraf pada kaki..


 

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat
jantung adalah di kaki kiri. 

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH
Subhanallah  

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani..

CETUSAN SUARA SUBUH .........♥ ♥



Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Wa’alaikumsalam”, sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

“Tadi..”, kata Subuh dengan sayu, “… aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.

“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka”.

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

“Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam”,cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punyanya”, kata Subuh.

“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuh.

“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”, pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?



Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

“Subuh ..”, seruku, “… mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. “Subuh”,.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, “Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”

“InsyaAllah”, jawab Subuh,”… bukankah aku kekasih yang kau rindui?”

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Waalaikumsalam”, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap

langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

 

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?

Jawapannya… tersirat dalam diri kita masing2 ):( ♥ ♥ ♥