Friday 28 June 2013

plan perkongsian egypt




assalamualaikum kwn-kwnku..

sebenarnya lia tergerak hati nak kongsi pasal kehidupan lia dekat egypt sebagai pelajar dalam jurusan pergigian.. insya-Allah masih dalam perancangan. lia akan mula slow-slow. niat lia nak tolong bakal-bakal egyptian sementara macam lia survive dekat ardhu kinanah nanti. insya-Allah. doakan semoga Allah permudahkan plan lia.


kbai.. semoga kita sentiasa dalam rahmat n redaNya .. amin.. :)
uhibbuki fillah.. <3

makan makan n makan.. aurm :*

assalamualaikum.. alhamdulillah segala puia bagi Maha Pencipta atas segala nikmat yang tak terhingga..

semenjak seminggu balik malaysia ni segala macam mak nenek dah masuk mulut..hehe.. durian, ikan bakar, rojok keling, bubur lambok, sotong celup tepung, haha..alhamdulillah..


durianku~ dah makan kenyang pastu gi kat adik..hheeheh.. sian kat diye..' kak yah busuk la'~ hehe..soodaap!



habis segala plan diet..erm cam mane nak kembali ke berat asal kalau macam ni .. ye tak?? tapi tak pelah sumbat dulu mana yang boleh asalkan jangan keterlaluan. ckp pasal mkanan ni kan erm.. korang lagi prefer yang mana??


  • berhenti sebelum kenyang            
                       @
  • membazir amalan syaitan??
ha!jawab jangan tak jawab..
bagi pendapat lia laa kan, kalau berhenti sebelum kenyang tu hanyalah sunat tapi membazir amalan syaitan tu kan kalau kita buat berdosa. tak gitu, yelah kan kita kene ingat ramai lagi orang yang tak dapat makan tapi kita membazir pulak. nauzubillah himin zalik.. membazir amalan syaitan tu.

kbai.. assalamualaikum.. semoga kita sentiasa dalam rahmatnya. amin.

Thursday 27 June 2013

bagai sirih pulang ke ganggang.. bye egypt welcome malaysia

alhamdulillah ...

20.6.2013 tarikh keramat setelah 6 bulan 19 hari di ardhu kinanah (mesir) bermaustautin dalam jihad ilmu ( pergigian di uni azhar).. gembira xterkata ..alhamdulillah ..kalau selama ni just skype dgn family tapi takdir yg menemukan kami semula.. terima kasih ya Allah. kalau sebelum ini setiap kali kapal terbang lalu atas kepala dalam hati mesti terdetik ya Allah betapa aku rindu family aku , nak balik malaysia la, rindu makanan malaysia la., macam-macam tapi sebenarnya manusia sering leka dengan nikmat depan mata , bila dah hilang nikmat tu baru nak kejar. ye tak ?! korang tak kot. korang kan baik-baik.nak citer journey balik kiteorang...
  • dari cairo tepat (xpon sebenarnya) pukul 4.00 petang naik kete avanza yang telah ditempat khas (cewah) menuju cairo international airport. Alhamdulillah kita beli tiket awal sket so dapatlah tiket royal jordan 3950 genih (RM 19++)  sbb slps tu harga sume naik.
  • flight transit dkt Bangkok. kalau korang xramai kawan masa book tiket xyah risau sbb besenye akan adanye budak melayu yang sama flight dgn korang. xyah risau erk. n_n' . erm nak citer peristiwa dkt jordon. amboi airport diye xyah ckp mmg cantik n besar tapi waaaa! xde air la dlm tandas. mungkin nak jaga kebersihan kot (husnuzon erm..). ckp pasal air dkt airport ni dkt Bangkok pun xder air sebenarnya tapi at least penjaga tandas xmarah kalau nak masuk air kedalam bilik melepas tu.(apa-apa pun just peringatan yerk). alhamdulilllah airport klia terbaikk!! event masa dkt ordon ni kita group malaysia xperasan yg kite sume dah salah tunggu dkt gate lain .! hah ambik kau. pukul 2.01 minit pagi pulak tu.. lia xyah cakap ar mmg masa tu dah mati kecil dah. nasib baik ada org kejutkan. alhamdulillah sempat. fuuish.. so laen kali beringat ye. :)
  • lia duduk dgn ruzaini kerusi kita sengaja pilih couple xnak kerusi bertiga . xnak org asing. ish. ruzaini tu perempuan la. my beloved roomate. tepi kerusi lia kan ya Allah ada pasangan yang romantik sangat. baru kahwin kot. rasenye org turki. masya-Allah sweet sgt2. cair kite dua org tengok. xterucap asenye. suami diye caring sangat . semoga mereka kekal ke jannatul firdaus .amin. :) (rase galok la plok..) :D
  • erm sampai je transit dkt Bangkok kiteorang xleh turun pun dari kapal terbang sbb diorang just nak bersih kapal terbang tu dalam masa 30 minit kalau xsalah. sekejap je.
  • bila sampai je kl ya Allah xterluah rasenye . tapi ada jugak rase takut tu. entah kenapa . rase nervous nak jumpa diorang . apalah expectation family kat lia yer?
dah habis pasal flight . erm masa lia flight lia solat jamak  . lia cakap dekat pramugari tu cakap kat kita bila dah masuk waktu solat. kebetulan kapten flight tu muslim n senanglah kan. alhamdulillah.lia n ruzaini tumpang rumah kawan (afifah) dkt kajang sblm lia n ruzaini redah satu lagi flight ke kuala terengganu. alhamdulillah keluarga afifah baik sgt kat kiteorang. baik sgt2. rase segan plok. misi diet xyah cakap la bila start naik flight sampai ke kat tanah tumpah darahku ni sume dah tunggang tebalik. hehe.. :*)bila sampai dekat terengganu disambut oleh family tercinta. teerima kasih ya Allah kerana permudahkan perjalanan kami.  mana xmengalir air mata bila dah peluk ummi n aboh fuuh.. lega. semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah. 27.9.2013 ni ada date plok dgn kapten hheee.. tarikh balik mesir la(dah start rindu mesir la, yelah mesir kan tanah rahmat).. 


gambar sepanang flight :) (lukisan Illahi)


sampai ketemu lagi.. kbai. assalamualaikum .. uhibbukifillah..masukkanlah kami kesyurga firdausimu dengan rahmatmu Ya Allah. amin.. :)

Tuesday 11 September 2012

maha pencipta.. saraf pada kaki..


 

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat
jantung adalah di kaki kiri. 

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH
Subhanallah  

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani..

CETUSAN SUARA SUBUH .........♥ ♥



Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Wa’alaikumsalam”, sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

“Tadi..”, kata Subuh dengan sayu, “… aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.

“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka”.

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

“Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam”,cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punyanya”, kata Subuh.

“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuh.

“Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”, pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?



Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

“Subuh ..”, seruku, “… mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. “Subuh”,.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, “Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”

“InsyaAllah”, jawab Subuh,”… bukankah aku kekasih yang kau rindui?”

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

“Assalamualaikum”, seru Subuh.

“Waalaikumsalam”, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap

langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

 

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?

Jawapannya… tersirat dalam diri kita masing2 ):( ♥ ♥ ♥

Friday 22 June 2012

.....Senarai brand sosej yang TIDAK HALAL.....

Senarai brand sosej yang TIDAK HALAL


Assalamualaikum,

Tiba-tiba, e-mail mengenai sosej yang tidak halal singgah di inbox. Terasa perlunya mencari lebih maklumat tentang kesahihan email ni. Berikut adalah e-mail yang diterima:
Pejabat Menteri, JPM
Tel:    03-8872 5445
Faks: 03-8888 3768

Subject: FW: senarai brand sosej yg tidak halal

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus   
babi adalah                                                                                               
                                                                                                        
· Gourmessa                                                                                             
· Muller's Haus                                                                                         
· Dew Fresh                                                                                             
· Puteri                                                                                                 
· Miami Butcher House                                                                                   
· Maspac                                                                                                 
                                                                                                        
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan   
adalah;                                                                                                   
                                                                                                        
· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)                                                
· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)                                             
· Puteri Pan Pacific (Puteri)                                                                           
· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)                                               
· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)                                                       
· Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)                                                                   
                                                                                                        
                                                                                                        
Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki     
menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah                                               
                                                                                                        
· Palace of Golden Horses                                                                               
· Coffee Bean Tea Leaf                                                                                   
· Hotel Equatorial                                                                                       
· Ikea Cafe                                                                                             
· Muller Sausage.                                                                                       
                                                                                                        
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.

#sumber drpd Jurnal Halal#

...Peristiwa & Fadilat Bulan Syaaban...


Assalamualaikum shbat sume..

21.06.2012 = 1 syaaban 1433 H.. pejam celik pejam celik dh masuk bln syaaban.. lgi satu bln lagi nk msuk bln pose. dh sedia blum??? (bkn nk lumba lari ni). kene praktis slow2 nie. Apa kate kite pose sunat sesama ari Isnin n Khamis..JOM!! Ni Lia ada selit sket sunnat ikutan kita, junjungan besar Nabi Muhammad:

” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban”  (hadis riwayat Bukhari)

Ia juga  sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan  untuk kita menunaikan puasa wajib pula.



Next Lia nk share tntg fadilat pose bln syaaban plok. perhatikanlah kwn2.. Masyaallah. Bagi hambaNya yg beriman nescaya dia akan manfaat peluang ini secermat mungkin. Takbir!! ALLAHUAKHBAR!!! (terlebih feeling,,, sebenarya terasa jugak Lia sendiri p0n dh lama xpose sunat. Kuatkanlah iman kami ya Allah..amin..  :) )

1.   Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.



3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6.  Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.


pose sebulan?? inilah diet dlm ISLAM.. nawaitu 'lillahitaala'.. insyaallah kitew akan d gini.. (haha,,ye dop??? YES kalu dia dh mmg kurus laa.. hehe.. :) )


Tahun ni nampak gayanya Lia kene pose kat upm laa.. Yelah kan lia ada kursus premedic anjuran Medic Mesir. balik2 dh 11.08.2012 nanti..Insyaallah. Semoga Allah permudahkan lia utk terus berjihad pd jlnNya.  

 Antara peristiwa yg berlaku dlm bulan syaaban adalah sprti berikut:



2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.



Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai) 

Doa utk bln Rejab, Syaaban dan Ramadan:

Have a Sweet day glitter strawberry icon

Dh abis dh tulis. kat sini je yerp kwn2. Semoga post Lia dpt beli sekelumit ilmu buat kekwn sekalian.. Sesama kita tingkatkan amal kita kurangkan dosa kita. (edit melodi punye )..