Friday 22 June 2012

...Peristiwa & Fadilat Bulan Syaaban...


Assalamualaikum shbat sume..

21.06.2012 = 1 syaaban 1433 H.. pejam celik pejam celik dh masuk bln syaaban.. lgi satu bln lagi nk msuk bln pose. dh sedia blum??? (bkn nk lumba lari ni). kene praktis slow2 nie. Apa kate kite pose sunat sesama ari Isnin n Khamis..JOM!! Ni Lia ada selit sket sunnat ikutan kita, junjungan besar Nabi Muhammad:

” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban”  (hadis riwayat Bukhari)

Ia juga  sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan  untuk kita menunaikan puasa wajib pula.



Next Lia nk share tntg fadilat pose bln syaaban plok. perhatikanlah kwn2.. Masyaallah. Bagi hambaNya yg beriman nescaya dia akan manfaat peluang ini secermat mungkin. Takbir!! ALLAHUAKHBAR!!! (terlebih feeling,,, sebenarya terasa jugak Lia sendiri p0n dh lama xpose sunat. Kuatkanlah iman kami ya Allah..amin..  :) )

1.   Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.



3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6.  Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.


pose sebulan?? inilah diet dlm ISLAM.. nawaitu 'lillahitaala'.. insyaallah kitew akan d gini.. (haha,,ye dop??? YES kalu dia dh mmg kurus laa.. hehe.. :) )


Tahun ni nampak gayanya Lia kene pose kat upm laa.. Yelah kan lia ada kursus premedic anjuran Medic Mesir. balik2 dh 11.08.2012 nanti..Insyaallah. Semoga Allah permudahkan lia utk terus berjihad pd jlnNya.  

 Antara peristiwa yg berlaku dlm bulan syaaban adalah sprti berikut:



2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.



Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai) 

Doa utk bln Rejab, Syaaban dan Ramadan:

Have a Sweet day glitter strawberry icon

Dh abis dh tulis. kat sini je yerp kwn2. Semoga post Lia dpt beli sekelumit ilmu buat kekwn sekalian.. Sesama kita tingkatkan amal kita kurangkan dosa kita. (edit melodi punye )..
             

No comments:

Post a Comment